Bumblebee Melanggar Hukum Fizik?

Bumblebee Melanggar Hukum Fizik?

Ini bukan bumblebee yang dalam Transformers tu. Bumblebee tu lulus fizik. Jangan risau.

Bumblebee adalah sejenis serangga yang tergolong dalam genus Bombus.

Apa yang membezakan bumblebee dari spesies lebah yang lain adalah dari segi saiz di mana bumblebee mempunyai saiz agak besar dan mempunyai banyak bulu lembut yang membuatkan mereka kelihatan ‘fuzzy’.

Pada abad ke-20, hukum ‘aerodynamics’ membuktikan bumblebee tidak sepatutnya terbang. Kepak bumblebee memang agak kecil jika dibandingkan dengan badannya. ‘Theoritically’, lebah ini tidak mampu terbang.

Mitos ini sebenarnya bermula sekitar tahun 1930-an. Semua ini berlaku disebabkan ahli fizik pada masa itu membuat beberapa pengiraan mengenai bumblebee ‘flight’ dengan menggunakan ‘equation’ yang biasa diaplikasikan pada kapal terbang. Mengikut teori tersebut, bumblebee tidak mempunyai daya yang cukup untuk terbang.

Namun, bumblebee mempunyai kepak yang bergerak seperti kebanyakkan serangga dan cara penerbangannya bukan seperti kapal terbang yang mempunyai sayap yang berkedudukan tetap dan tidak bergerak.

Maka adalah lebih sesuai jika menggunakan hukum ‘aerodynamic’ seperti yang digunakan pada ‘helicopter’ berbanding kapal terbang.

Terbukti, Bumblebee boleh terbang dan tidak melanggar apa-apa hukum fizik.

Dan kisah ini telah digunakan sebagai sumber inspirasi untuk mencipta ‘motivational quote’.

“Aerodynamically the bumblebee shouldn’t be able to fly, but the bumblebee doesn’t know that so it goes on flying anyway.”

Oleh itu, sekiranya anda sering direndah-rendahkan oleh orang lain. Jangan takut, jadilah seperti bumblebee. Walaupun orang yang menidakkan kebolehannya bukan calang-calang orang, bumblebee tetap terbang dengan megahnya. Sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang anda lakukan. Selagi anda percayakan diri anda, anda mampu membuat apa sahaja yang diingini. Jangan letakkan sebarang ‘limitation’ terhadap diri anda.

Biarpun beribu orang yang mengatakan sesuatu perkara itu adalah mustahil, cukuplah jika anda seorang yang percaya bahawa ia tidak mustahil, maka anda mampu merealisasikannya. Musuh pertama yang perlu anda tewaskan adalah diri anda sendiri.

Article Source:http://www.articlesbase.com/motivational-articles/bumblebee-melanggar-hukum-fizik-1065978.html

Reblog this post [with Zemanta]

Related Posts

        

If you're looking to become an expert blogger in record time AND are serious about earning big money with blogging, I highly recommend you check out my honest blogging product reviews... I've checked out all the top blogging products on the Internet and these are the ones that I think will benefit you most: Read more Here!

Leave a Reply